Sunday, August 28, 2011



SYAWAL datang lagi. Aidilfitri disambut sebagai tanda kemenangan buat umat Islam setelah sebulan melaksanakan tuntutan rukun Islam yang ketiga. Biarpun disambut sebagai hari kemenangan, ini bukan bererti hari raya boleh dirayakan sewenang-wenangnya mengikut kehendak hati sendiri.
TRADISI berziarah dan bermaaf-maafan harus diteruskan pada Hari Raya Aidilfitri untuk mengeratkan silaturrahim sesama saudara Islam.

Ramai anggota masyarakat kini tidak lagi berminat untuk berkiblat kepada yang dituntut oleh Islam tetapi pada kehidupan liar yang menyeronokkan lagi mengkhayalkan, hasil gagasan musuh-musuh Islam sejagat.

Ajaran al-Quran dan hadis di tolak malah lebih malang di buang langsung. Allah SWT dan Rasul-Nya tidak lagi di hati apatah lagi di taati manakala orang tua atau ibu bapa yang beriman di anggap sebagai penghalang kepada keseronokan hidup alaf baru jika mereka menentang. Orang tua di cemuh dan dianggap sebagai kain buruk yang tidak berguna dalam kehidupan.

Aidil Fitri umpamanya, disambut dengan penuh riang dalam parti-parti yang menyeronokkan penuh dengan muzik baru, nyanyian dan bercampur-gaul secara bebas antara lelaki dan perempuan, satu amalan sosial oleh Barat malah ada yang menghidangkan minuman keras yang haram. Ramai anak muda kini hidup bergelumang dosa hanya kerana mahu hidup bebas seperti amalan masyarakat yang kurang percaya pada agama seperti di barat. Bagi mereka, apa yang dibuat oleh Barat semuanya betul. Sememangnya ada yang baik, tetapi yang memnjadi ikutan ramai ialah yang buruk-buruk belaka.

HIDUPKAN SAUSANA HARI RAYA SEPERTI BERIKUT.. :

(^_^)~Bersederhana :

Syariat menggalakkan agar mereka yang berkemampuan menyediakan pakaian baru sebagai lambang keceriaan tetapi bukan sampai membazir.Bukan saja pakaian, malah persiapan lain termasuk penyediaan kuih-muih atau hidangan berkaitan dan perhiasan rumah juga seharusnya begitu.
Hari raya bukan hari untuk menukar segala perabot dan hiasan rumah yang ada kepada yang baru. Tidak perlu rasa rendah diri jika langsir anda masih sama dengan Aidilfitri tahun lalu.
Yang penting, anda bergembira pada hari raya tanpa menimbul beban selepas habis bercuti...
Ingatlah! Masih ada hak orang lain yang perlu anda tunaikan daripada kewangan yang anda belanjakan.

(^_^)~Berziarah :

Berziarah perlu bagi mengeratkan hubungan persaudaraan bukan saja antara sanak-saudara tetapi juga saudara sesama Islam.Bawa ahli keluarga kita kenalkan pada seluruh ahli keluarga...sepupu-sepupu atau sesama saudara yang ada hubungan darah. Ini amat penting kerana mereka akan membesar...serta akan berumahtangga.. jika kita cari yang jauh hubungan darah @ kekeluargaan, maka zuriat yaa ini...anak cucu kita akan jadi lebih bijak.Secara tak langsung ISLAM akan muncul lebih ramai bijak pandai..hmm

(^_^)~Bermaaf-maafan:
Mohonlah maaf bukan saja kepada mereka yang anda pernah tersilap kata atau tersalah laku, tetapi juga kepada semua orang. Ini kerana mungkin dalam pergaulan harian, ada perkara yang mengguris hati tanpa sedar. Amalkan untuk memohon maaf dengan jelas dan terang, bukan sekadar sebutan maaf zahir batin. Contohnya maaf kalau ada yang tersilap kata, mohon halal segala makan minum.
Berikanlah juga kemaafan biarpun anda sukar melupakan kesilapan orang lain. Siapalah anda untuk tidak memaafkan sedangkan Allah itu Maha Pengampun!

JAUHI PERKARA INI DI HARI RAYA....:

(^_^)~Menunjuk-nunjuk:
Sikap riak atau menunjuk-nunjuk dilarang oleh syariat Islam. Riak tidak perlukan kata-kata bongkak tetapi memadai dengan sikap, penampilan diri termasuk perhiasan ketika hari raya. Se
bagai contoh, mempamerkan perhiasan barang kemas atau perhiasan rumah yang tidak pernah dipakai sebelum hari raya.

(^_^)~Menghina:
Haram menghina penampilan diri atau persiapan raya orang lain. Berziarah perlu untuk mengeratkan persaudaraan, bukan untuk meneliti dan memuji atau mencaci maki perhiasan orang lain ketika hari raya.
Bersyukurlah jika perhiasan rumah dan kuih-muih anda lebih baik daripada orang lain. Jangan sangka anda memiliki kelebihan itu kerana disayangi Allah, sebaliknya ia juga sebagai ujian daripada-Nya. Insaflah! Tak mustahil tiba satu masa anda mungkin diuji pula kesusahan serupa.


(^_^)~Menyendiri:
Mengasingkan diri, enggan bergaul dengan orang lain, malah enggan berziarah sempena hari raya bukan sikap yang di anjurkan agama. Umat Islam diarahkan untuk saling mengeratkan hubungan sesama saudara Islam.

Sikap menyendiri tidak mungkin menjayakan tuntutan agama ini. Sewajarnya hari raya menjadi hari berkumpul seisi keluarga untuk melakukan aktiviti bersama-sama termasuk seluruh jiran tetangga.

(^_^)~Awasi dan nasihat anak-anak kita...:

Berpegangan tangan, umpamanya, antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram di kalangan muda-mudi malah yang masih di bangku sekolah lagi adalah satu hal biasa hari ini. Sebenarnya pada Islam, perbuatan begini adalah haram tetapi ia tidak dipedulikan langsung.
Pada hakikatnya ia adalah satu perbuatan yang lebih keji dan buruk daripada memegang anjing atau babi. Memegang anjing atau babi yang najis itu hanya perlu dibersihkan menerusi kaedah samak atau sertu sahaja, dengan itu ia selesai dan si pemegangnya kembali menjadi bersih seperti sediakala.
Sebaliknya apabila berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan, apatah lagi jika berpeluk-peluk ketika bercumbuan memadu asmara dengan yang bukan mahramnya, maka jadilah ia perbuatan haram dan berdosa. Dosanya tercatat kerana perbuatan itu melanggar perintah Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah menceritakan akan perkara sebegini dan tiada satu pun perkataan Baginda melainkan benar belaka, dalam hadis Baginda SAW yang bermaksud, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani? Nabi SAW bersabda: Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadis riwayat Muslim)


(p.s:photo credit to Nayzak -
http://nayzak.deviantart.com/gallery/ ,Tazkirah to Tok Lela )

No comments:

Post a Comment

Followers