Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Bulan Ibadah atau Bulan Bermalas-malasan


Assalamu’alaikum.Salam Ramadhan. Ramadhan sudahpun berlalu beberapa hari Ramadhan dan sekarang kita berada di pertengahan Ramadhan. Apa khabar Iman? Ibadah bagaimana? Khabar si nafsu bagaimana pula?

Sedikit perkongsian daripada Jumaat lalu. Seusai solat Jumaat sempat ana memasuki pasaraya untuk membeli sedikit barang keperluan yang telah ibu pesan. Dan trendnya memang sama setiap tahun. Bulan Ramadhan seolah-olah bulan untuk membuat persediaan Hari Raya Aidilfitri, bukan sebagai bulan ibadah.

Ramai diantara kita yang makan lebih banyak di bulan ini daripada bulan-bulan yang sebelumnya. Dan lebih banyak makanan yang terbazir pada bulan ini. Kerana kita lebih banyak makan,bermaksud kaum hawa atau ibu-ibu dirumah juga perlu bekerja lebih di dapur di bulan ini. Sedang kaum keluarga tidur nyenyak, si ibu bangun 2-3 jam lebih awal untuk membuat persediaan untuk sahur. Selepas subuh,sementara kaum keluarga yang lain membayar ‘hutang’ tidur, si ibu sibuk mencuci pinggan mangkuk. Dan pada waktu pagi,ketika kaum keluarga sibuk menonton televisyen ataupun sambung tidur hingga ke Zuhur, si ibu sibuk mencuci kain dan mengemas rumah. Hanya selepas Zuhur mungkin si ibu akan berehat sebentar bersama-sama keluarga dan manyambung semula kerja untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.

Al-Qur’an mengatakan bahawa Ramadhan adalah bulan untuk mem’program’kan jiwa kita kearah Ketaqwaan. Ramadhan adalah bulan berkah dan bulan keampunan.

"Menyesallah dan rugilah .. menyesallah dan rugilah .. Lalu mereka bertanya: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: “Orang yang masuk ke bulan Ramadhan hingga ke penghujung bulan tetapi dosanya tidak diampunkan." (At-Tirmizi) .

Tentu sahabat-sahabat sekalian tahu sama ada dosa diampunkan melalui ibadah ataupun melalui pasaraya-pasaraya dan bazaar.:)

Justeru itu, janganlah kita jadikan bulan Ramadhan ini bulan untuk kita bermalas-malasan disebabkan ibadah puasa yang kita jalankan.Janganlah kita berasa lemah kerana kita berlapar dan dahaga sepanjang hari. Bukanlah itu tujuan ibadah puasa. Tetapi jadikanlah bulan Ramadhan ini bulan ibadah, bulan untuk menuju ketaqwaan dan bulan untuk memohon keampunan kepadaNya.Jadikanlah Perang Badar yang berlaku di dalam bulan Ramadhan sebagai pengajaran.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna daripada Ramadhan sebelumnya.Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Followers