Thursday, July 28, 2011

Ucapan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak


Salam Ramadhan Al-Mubarak.. Alhamdulillah.. pertama2 sekali sy ingin merafa'kan setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dgn sifat ar-Rahman dan ar-Rahimnya, kita masih diberi peluang utk menikmati segala nikmatnya, kedua, ucapan terima kasih kepada sidang editor blog ini sama ada yang terlibat secara langsung mahupun sebaliknya. Akhir kata saya mendoakan agar pengisian Ramadhan kita pada kali ini lebih baik daripada yang sebelumnya kerana sifat orang mukmin itu sentiasa berhijrah daripada kurang ke arah lebih baik.Wallahua’lam.

Jubair Juhinin(Pengerusi EPI AB)

27 Syaaban 1432(28 July 2011)

“Alhamdulillah.Datangnya membawa seribu makna dan rahmat, perginya mengundang titisan air mata insan yang benar-benar menghargainya. Satu perjalanan yang singkat tetapi ibarat berperang tanpa senjata menentang musuh(nafsu) yang hanya berbekalkan senjata takwa dan keimanan. Adakah anda akan menang(˚ᵔ˚)??Marilah kita sama-sama berdoa agar Ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan berazam untuk melakukan ibadah secara konsisten dan terbaek semata-mata kerana Allah. Wallahua’lam”

Salman Shuhaimi(Timbalan Pengerusi EPI AB)
26 Syaaban 1432 (27 July 2011)

(p/s:Bro Jub..Sama-sama:)))))


1 comment:

Followers