Thursday, July 28, 2011

Marhaban Ya Ramadhan


Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan.:D..Ramadhan merupakan bulan yang sinonim dengan kemuliaan. Kedatangan Ramadhan memberi impak yang berbeza kepada setiap Umat Islam. Ada yang tiba-tiba menjadi baik kerana menghormati bulan ini. Ada pula yang menjadi manusia baru seolah-olah mereka ditiupkan hidayah. Sama ada perubahan itu kekal atau hanya pada bulan Ramadhan, yang demikian hanyalah Allah yang mengetahui, semoga momentum Ramadhan dapat kita teruskan hingga kebulan-bulan seterusnya. InsyaAllah.

Signifikannya tentang Ramadhan adalah Puasa!..:D.Puasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada Rukun Islam. Kita akan berpuasa selama sebulan melawan lapar dan dahaga. Tapi apa yang lebih penting adalah konsep ibadah puasa itu sendiri yang sewajarnya kita patuhi. Kita melawan nafsu yang beraja di hati kerana tiada lagi syaitan untuk melakukan tipu daya. Lawan nafsu!!!.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud “ Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu-pintu neraka dan diikat segala syaitan”. Hadis oleh Imam Bukhari, Muslim ,Nasai’e ,Ahmad dan Baihaqi.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa"
(Terjemahan al-Quran Surah al-Baqarah:183)

Dan untuk melangkah ke bulan yang penuh berkah ini kita perlulah melakukan persiapan dan melengkapkan diri dengan ilmu yang berkaitan. Persiapan-persiapannya adalah.

Jeng.jeng.jeng

1. Kita revise semula ilmu-ilmu berkenaan puasa. Niatnya, doa buka puasa dan macam-macam lagi supaya apabila kita menjalani ibadah puasa kelak, kita mempunyai ilmu yang diperbaharui dan boleh mempertingkatkan lagi amalan.

2.Kita memperlihatkan kegembiraan ke atas kedatangan Ramadhan dan bersyukur yang teramat sangat kerana Allah telah memberi kita peluang untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi. Alhamdulillah.

3.Memperbanyakkan doa semoga Allah memberi kita tenaga, kelapangan dan kesempatan dalam mengerjakan puasa di bulan Ramadhan. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita agar kita dapat melaksanakan ibadah puasa dengan hati yang jujur, ikhlas, bebas dari sikap riak, ujub, takbur dan segala perlakuan mazmumah yang boleh menghilangkan pahala puasa

4.Menguatkan semangat untuk menghadapi bulan Ramadhan kelak dengan sempurna agar kita dapat memperoleh kesan- kesan yang diharapkan daripada ibadah puasa itu. Dan berusaha agar tidak tergolong dalam kumpulan seperti yang dikatakan Rasulullah dalam hadis berikut. “Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecuali lapar dan dahaga” ( Hadis Riwayat An-Nasa’i)

Semoga terasa kemanisan beribadah kepada Allah. Amiin

5.Dan yang terakhir kita hendaklah menyediakan diri untuk istiqamah dalam mengerjakan ibadah ketika bulan Ramadhan kelak. Dan semoga ibadah yang dilakukan dapat diteruskan pula pada bulan-bulan yang seterusnya. InsyaAllah.

6.Beli baju raya…erkk

Semoga kehadiran bulan Ramadhan pada kali ini memberi cahaya keimanan yang lebih terang buat kita semua. Ya Allah Sampaikanlah kami kepada Ramadhan.Amin Ya Rabbal A’lamin.
Setakat disini sahaja perkongsian daripada kami pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk amalan bersama.

Sekian daripada Kami. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment

Followers