Saturday, July 24, 2010

DIARI BPJ 10: RENTETAN PERSEDIAAN AKHIR SEHARI SEBELUM PROGRAM

Seawal burung pagi berkicau, tuan pengarah program, Samsul Asmara awal-awal lagi telah ke Muis untuk bertemu muka dengan salah seorang penceramah jemputan, 'Ustajah' Petiah bt Berahim yang juga seoarang petugas fardhu kifayah di Hospital Queen Elizabeth bagi membincangkan 'details' perjalanan program dengan beliau. Dua penceramah yang lain ialah Ustaz Hj Khair Abdullah dan ustaz yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz 'J'.
Pada masa yang sama, pengarah bahagian Makanan, Saudari Aishah bersama ahli bahagiannya sedang bertungkus lumus membuat perkiraan tentang pertambahan makanan untuk VIP yang baru dimaklumkan semalam semasa meeting terakhir BPJ '10 dan hari ini juga Sdri Aishah bergegas ke Cafe d'Library bagi menambah tempahan makanan VIP dari kafe tersebut. Pertambahan bilangan VIP disaat akhir seperti dimaklumkan oleh Pengarah Protokol dan Jemputan, saudari Noraini juga mengejutkan Pengarah bahagian Cenderahati, Sdri Siti Nurhidayati atau dikenali di alam maya sebagai Tiey Dyatz memandangkan Bahagian cenderahati terpaksa menambah satu lagi hadiah cenderahati bagi penceramah program. Pasangan Publisiti n Siaraya, Hamdan dan Hana pula sedang asyik memerah kreativiti yang ada untuk memikirkan gandingan gambar dan lagu yang mantap bagi menghasilkan montaj program terbaik yang bakal ditayangkan kelak, selepas seminggu berpeluh ketiak menjalankan aktiviti mempromosi program BPJ melalui pelbagai sudut publisiti yang boleh dicapai oleh bahagiannya. Pengarah bahagian Pengangkutan selesai melukis peta perjalanan Bas untuk peserta terus bergegas membantu bahagian lain menyelesaikan '20%' mereka.Saudara Haziq, pengarah gantian bahagian Teknikal dan Logistik, walaupun agak lambat memulakan gerak langkah namun berjaya bergerak seiring dengan pembantunya, Saudari Atikah dan yang lain dengan mengenalpasti alat-alatan dan barangan penting yang diperlukan esok disamping selesai melukis layout tempat program bagi memudahkan penyusunan di tempat program malam nanti.
Suatu kekalutan yang tidak disangka juga telah berlaku dibilik pengurusan jenazah masjid berikutan insiden 'patah paip' yang secara tidak sengaja dilakukan oleh wakil dari bahagian Protokol n Jemputan namun mujurlah Wakil tugas-tugas khas, Saudara Firdaus cekap bertugas bagi meredakan kekalutan dengan menghubungi Asli Jati namum katanya kerja-kerja pembaikpulih paip akan berlangsung sepenuhnya malam ini.
Petang itu juga liang lahad bagi kegunaan program telah digali dengan kerjasama sepenuhnya oleh pengarah bertemankan skop tanah yang dipinjam di makmal ladang berhampiran masjid. Kira-kira 1 jam menggali terhasillah sebuah liang lahad yang comel. Pengarah nampaknya tidak sabar rasanya mahu mendengar komen penceramah jemputan selepas beliau melihat liang lahad yang comel tersebut.
Seusai Isyak pula, Bahagian Teknikal dan Logistik serta dibantu oleh bahagian lain terus bertugas menyusun tempat program seperti yang telah dilukis. AJK-AJK lain, setelah hampir sehari gerakerja 'pecutan akhir' meluangkan masa melepak di Forum anjuran program Ladies' Day kelolaan exco Helwa sementara Pengarah pula bertugas sebagai pembaca doa tidak berelaun bagi Forum tersebut.
Walaubagaimanapun, ketua-ketua Bahagian tidak boleh lama melepak di forum tersebut memandangkan mereka perlu menghadiri perjumpaan bagi mengumumkan perubahan tentatif disaat akhir namun perubahan tersebut tidak langsung mengejutkan mana-mana pihak mungkin berikutan perubahan tersebut terlalu rasional pada pandangan mereka untuk dibantah.Setelah dibriefing untuk perjalanan program, Masing-masing kelihatan bersedia bagi menghadapi kemungkinan hari esok!

No comments:

Post a Comment

Followers