Monday, July 19, 2010

CAMPUS LIFE: MENERJAH MAKNA MUKA KEHIDUPAN BARU

Assalamualaikum salam wasilah ukuwwah fillah dan salam perkenalan. Rasanya belum terlambat dari barisan pihak kepimpinan EKSAH AB untuk mengucapkan selamat datang buat mahasiswa-mahasiswi baru sesi 2010/2011.

Menjejak kaki dan merasai suasana kampus buat pertama kalinya pastinya menimbulkan pelbagai persepsi, anggapan dan tanggapan buat para pembaca sekalian. Darjah kebebasan kehidupan kampus yang begitu berbeza dengan sekolah menengah, matrikulasi mahupun pusat asasi membuka seluas-luasnya peluang kpd para pembaca sekalian utk meneroka peranan baru diri anda sekalian iaitu MAHASISWA. Sinonim dengan ritma perkataan MAHASISWA, nyata bahawa fungsi MAHASISWA bukan sekadar duduk di dewan-dewan kuliah, keluar masuk perpustakaan dan memenuhkan dewan peperiksaan di musim peperiksaan sahaja malah lebih dari itu. Mahasiswa sebagai golongan yang berkesempatan menduduki tangga tertinggi di dalam pendidikan fomal negara kita juga dipandang sebagai aset serta agen pemangkin perubahan masyarakat malah memegang simbol sebagai pembela suara masyarakat. Walaubagaimanapun, untuk mencapai taraf itu, mahasiswa harus SEDAR akan tanggungjawab yang telahpun digalaskan kepada mereka sebaik sahaja menjejaki menara gading. Selain dari PEDULI terhadap isu-isu global seperti isu perang, rumah hijau dan politik antarabangsa serta isu glokal seperti isu pendidikan, ekonomi, politik dan sosial negara, mahasiswa juga perlu PROAKTIF menjadi 'frontline' untuk melakukan perubahan didalam isu-isu tersebut.

Mahasiswa juga merupakan golongan transisi yang memainkan peranan penting didalam menggerakkan malah mengislah misi dan visi negara umumnya dan universiti khususnya. Mahasiswa tidak sepatutnya terikut-ikut amalan-amalan negatif semasa yang sedang dibudayakan seperti hedonisme, pergaulan bebas dan sebagainya sebaliknya menjadi tunggak dalam penjernihan semula penyakit-penyakit sosial yang sedang melanda umum. Sikap 'tunggu dan lihat' sama sekali dipadamkan diadalam kamus minda mahasiswa. Mindset seperti inilah yang perlu menjadi pasak-pasak dalam minda dan pemikiran mahasiswa sekalian. Minda yang sedia berubah dan mengubah kearah yang lebih baik.

Ayuh, wahai para pembaca sekalian mari kita bersama MENCERNA MINDA MAHASISWA!

AmplangBertaqwa, 17/7/2010, 7.36 p.m

No comments:

Post a Comment

Followers