Thursday, August 5, 2010

MAHASISWA DALAM MENGHAYATI KEMERDEKAAN

Assalamualaikum dan salam wasilah ukuwwah fillah. Sepertimana yang kalian sedia maklum dan sedar, kita sekarang sudahpun menjejak kaki ke dalam bulan Kemerdekkaan dan uniknya pada masa yang sama kita berada di ambang Bulan Ramadhan. Alhamdulillah...
Pengertian kemerdekaan negara dari sudut politik difahami dimana sesebuah negara memperolehi untuk rakyat tempatan memerintah dan menentubentuk penyusunan serta agenda pembangunan negara.Negara kita yang tercinta ini sendiri pernah ditakhluki oleh berberapa kuasa besar sejak tahun 1511. bermula dengan Portugis dan disusuli oleh Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali semula kpd Inggeris sehingga Tanah Malayu mencapai kemerdekaan dr Inggeris pada tahun 1957, dan seterusnyamembawa kepada kewujudan rasmi Malaysia pada tahun 1963. Mahasiswa sekalian, jika diteliti, negara kita dijajah dan dijarah waktu itu kerana kita tidak mempunyai KEKUATAN untuk mempertahankan negara dari pencerobohan penjajah. Kita lemah dari pelbagai aspek, dari segi politik,sosial,ekonomi mahupun ketenteraan. Justeru, itu adalah suatu pengajaran untuk kita MAHASISWA pada masa ini, membina kekuatan KEROHANIAN dan juga kekuatan FIZIKAL untuk membolehkan kita mempertahankan kemerdekaan ini dan seterusnya mengisi kemerdekaan ini mengikut acuan dan matlamat kita.
Diukur dari minda mahasiswa yang waras intelek dan sahsiah, definisi kemerdekaan tidak hanya diukur dari kebebasan dari penakhlukan fizikal para penjajah tetapi kita juga bebas dari penjajahan ideologi ciptaan manusia dalam setiap sisi dan sudut kehidupan kita. Tidak dinafikan begitu banyak pencapaian membanggakan Malaysia dimata dunia selama era kemerdekaan ini namun, menjengah kepada realiti semasa sambutan kemerdekaan dinegara kita terutamanya dikalangan muda-mudi sangatlah membimbangkan lagi menyedihkan. Hasil kemerdekaan lebih 50 tahun selama ini seolah-olah tidak memberi apa-apa erti kepada pembinaan jatidiri mereka selaku aset utama malah pemimpin masa depan negara. Berpelukan, berciuman di khalayak ramai, pembuangan anak, pergaulan maha-bebas, samseng jalanan dan sebagainya. Semakin jauh negara kita melangkah kedalam umur kemerdekaannya, semakin mundur pula minda, pemikiran, akhlak, moral dan sahsiah para remaja kita. Sebagai MAHASISWA, apakah peranan kita??
Sesungguhnya jika makna KEMERDEKAAN itu terbatas hanya pada kebebasan dari penjajah bangsa asing maka tidaklah Rasulullah S.A.W berjuang bermati-matian untuk menentang Arab Jahilliyah yang juga dari suku bangsa baginda sendiri juga. Hakikat kemerdekaan ini meluas sehingga membawa maksud pembebasan total dari semua jenis hukum-hakam manusia atau berasaskan akal manusia.
Tahun ini juga sekian kalinya kita menyambut kemerdekaan di bulan Ramadhan. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan untuk Mahasiswa dan Mahasiswi Islam UMS. Tahniah kerana anda sempat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun ini. Andai diteliti, puasa juga mengajar erti kebebasan. Dengan lambakan pelbagai sumber makanan di Malaysia, di bulan Ramadhan, Umat Islam memilih untuk tidak makan (puasa) untuk waktu yang tertentu. Mengambil kata seorang blogger terkenal, ''puasa mengajar erti kebebasan terpimpin yakni kebebasan yang tidak membinasakan mereka yang menikmati kebebasan itu''. Kebebasan berprinsip merupakan cara yang paling selamat untuk menikmati sesuatu kebebasan.
Akhir kalam, dari pihak MT EKSAH AB menyeru para MAHASISWA sekalian untuk menghayati serta menjernihkan semula semangat kemerdekaan kita.Fahamilah bahawa MERDEKA bukan pada gah sambutannya sahaja(apatah lagi sambutan yang mengamalkan PEMBAZIRAN besar-besaran), bukan pada kuatnya laungan 'Merdeka' sahaja, bukan pada tingginya bendera Malaysia digantung sahaja tetapi pada minda,sikap dan hati setiap warga yang menjiwainya.

Selamat Mengubah Paradigma Kemerdekaan ke-53!

AmplangBertaqwa, 3/8/2010, 1.36 a.m

No comments:

Post a Comment

Followers