Thursday, April 15, 2010

Saff kepimpinan EKSAH AB mengucapkan : Selamat menduduki peperiksaan akhir semester 2 kepada seluruh warga kolej kediaman AB

Suasana peperiksaan menjelma lagi. Kini mahasiswa UMS pastinya telah membuat persediaan yang cukup rapi untuk menghadapi peperiksaan juga akan menentukan prestasi akademik masing-masing. Mahasiswa kini sibuk mengulang kaji nota-nota juga tidak terlepas daripada membuat nota-nota kecil untuk dijadikan sumber dalam menghadapi peperiksaan yang bakal tiba. Saff kepimpinan EKSAH AB mendoakan sahabat-sahabat sekalian berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan kali ini, apa yang penting usaha, doa dan tawakkal harus terus disemat dalam sanubari setiap mahasiswa kerana ia merupakan kunci kejayaan. Seperti yang kita ketahui bahawa peperiksaan merupakan medan untuk kita menguji dan mengasah sedaya pemikiran kita dengan soalan-soalan peperiksaan setelah 14 minggu berada di dewan kuliah, pada masa inilah kita sesama mahasiswa berlumba dan bersaing untuk meraih kejayaan. Setiap mahasiswa harus menunjukkan semangat yang kental dan terus berusaha sehingga kejayaan menyusul dalam kehidupan, akhir kata semoga kita memperoleh kejayaan dan keberkatan dari yang maha Esa.

No comments:

Post a Comment

Followers