Thursday, April 15, 2010

MAJLIS PERPISAHAN EKSAH AB SEMESTER II : ANJURAN LAJNAH SUKAN DAN KEBAJIKAN

13 april 2009 yang lalu lajnah sukan dan kebajikan EKSAH AB telah menganjurkan majlis perpisahan khusus untuk sekretariat EKSAH AB bagi menghargai segala sumbangan dan penat lelah yang telah diberikan sepanjang gerak kerja EKSAH AB semester ini. Majlis perpisahan tersebut turut dihadari oleh mantan-mantan sekretariat EKSAH AB yang kini memegang portfolio exco dalam JAKMAS AB. Majlis tersebut juga diserikan lagi dengan kehadiran yang di pertua JAKMAS AB saudara Shafiq. Kehadiran para sekretariat pada malam tersebut membuktikan komitmen yang ditunjukkan terhadap EKSAH AB masih kukuh, dalam pada masa yang sama pengerusi EKSAH AB berasa terharu dan menyatakan hasrat murni EKSAH AB kepada kolej pada semester yang akan datang. Perancangan untuk semester hadapan terutamanya berkaitan dengan program-program EKSAH kini telah siap sepenuhnya dengan penetapan tarikh selaras dengan takwim EKSAH AB. Ketua lajnah sukan dan kebajikan saudara akmal berkata bahawa majlis-majlis sebegini adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi kerana ia berkaitan dengan pengurusan sumber manusia yang mana para sekretariat merupakan orang penting yang menggerakkan organisasi, oleh yang demikian segala sumbangan yang diberikan harus mendapat penghargaan. Majlis perpisahan ini juga telah memberi pengiktirafan kepada beberapa sekretariat yang cemerlang termasuklah anugerah sekretariat terbaik yang disandang oleh ketua lajnah sukan dan kebajikan itu sendiri saudara Akmal bagi muslimin dan saudari aisyah bagi muslimat, lajnah terbaik pula disandang oleh lajnah dakwah dan tarbiah, serta anugerah khas telah diberikan kepada mantan pengerusi EKSAH AB sesi 2008/2009.

Kepada mantan-mantan sekretariat EKSAH AB yang lalu sdri adrianti, fatwa, suhaimah dan izzah yang kini bergelar JAKMAS AB, saff kepimpinan EKSAH AB mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas sumbangan khidmat bakti bersama pengerusi EKSAH AB sesi lalu, walaupun kini tidak lagi bersama EKSAH AB namun moga-moga pengalaman yang ditimba dalam EKSAH mampu membina dan membawa JAKMAS AB ke arah yang cemerlang. Kepada para sekretariat EKSAH sesi ini teruskanlah berbakti kepada mahasiswa dan jangan mudah berputus asa walaupun jalan yang terpaksa ditempuh sukar namun sentiasalah berusaha bersama EKSAH AB dalam merealisasikan visi dan misi EKSAH. Akhir kata daripada penulis moga saat suka dan duka dalam gerak kerja EKSAH dijadikan sebagai suatu pengajaran hidup yang mengajar erti sebuah perjuangan. Hitunglah amanah yang anda pikul dan jangan hitung kerja yang anda perolehi, semoga EKSAH AB terus berjaya merealisasikan mahasiswa yang bersahsiah terpuji.

No comments:

Post a Comment

Followers