Friday, March 19, 2010

Ihtifal dan Musabaqah Maulidurrasul 1431H saksi dokongan EKSAH AB terhadap ISEUMS

13 mac yang lepas merakamkan kejayaan Program Ihtifal dan Musabaqah sempena Sambutan Maulidurrasul diperingkat Universiti. Sambutan Maulid Nabi yang disambut secara tahunan oleh Universiti Masjid Selalu(UMS) yang kita sayangi ini menjadi bukti bahawa mahasiswa sedang bergerak ke arah membangunkan Islam melalui aktiviti-aktiviti yang menunjukkan bahawa Islam itu bukanlah hanya pada nama sahaja malahan melangkaui sempadan dan tembok-tembok yang sengaja di buat oleh golongan sekularisme yang ingin menyaksikan kejatuhan Islam dan modal insan mahasiswa kita. Program Ihtifal dan Musabaqah ini telah berjaya membuktikan bahawa slogan yang dilaungkan oleh ISEUMS iaitu ISLAM UNTUK SEMUA akan terus digenggam erat oleh pendokong ISEUMS terutamanya EKSAH AB untuk menyelamatkan mahasiswa daripada pemikiran seperti hedonisme dan aku tidak pedulisme.Sebanyak 11 pertandingan telah dilaksanakan dan pertandingan-pertandingan yang dipertandingkan adalah untuk semua peringkat umur dan tidak terikat kepada yang muslim sahaja malah pertandingan seperti Futsal dan Artikel bertema Maulidurrasul telah menarik hati golongan saudara kita daripada non-muslim. Pertandingan seperti kuiz sirah dan musabaqah Al-Quran juga berjaya menarik mahasiswa serta staf UMS untuk turun ke masjid dan diharapkan agar mereka terus istiqamah dalam memakmurkan masjid UMS dan bukannya program-program bersifat lagho yang membuang masa dan wang mahasiswa yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi mahasiswa. Eksah AB juga melihat Program Ihtifal dan Musabaqah ini sebagai satu langkah proaktif ISEUMS dan EKSAH AB dalam menyambut amanat Naib Canselor kita iaitu 'Mahardika Warga Makmur Institusi' dan dalam menjadikan UMS kita sebagai universiti yang terampil akademik dan akhlak.Dari pihak Majlis Tertinggi Eksah AB, MT bertekad untuk terus menyumbang kepada program-program ISEUMS untuk akan datang.
Akhir kata, Sekalung tahniah buat AJK pelaksana daripada setiap kolej kediaman terutamanya mujahid dan mujahidah daripada EKSAH AB yang telah berkorban tenaga dan masa untuk menjayakan program ini. Moga segala pengorbanan yang kalian lakukan dikira sebagai amal yang mampu menjejakkan kaki kalian ke gerbang syurga.

Masjid Merah Tersergam Megah,
Letaknya di lapang bukit tinggi,
Inilah perjuangan kita di dalam EKSAH,
Demi sebaris perjuangan nabi.

No comments:

Post a Comment

Followers