Sunday, March 7, 2010

kursus multimedia dan qiammulail eksah : tambah ilmu dan kemahiran ke arah keradhaan Ilahi

pada 06 mac sehingga 07 mac 2010, barisan sekretariat eksah ab berkampung di jakmas ab untuk mengikuti kursus multimedia yang dijalankan disebelah malam 06 mac 2010 bermula pukul 9 malam, kemudian diikuti dengan berqiammulail pada 07 mac 2010. Dengan kerjasama lajnah It dan informasi bersama lajnah dakwah dan tarbiah eksah ab, penganjuran 1 hari 1 malam itu boleh dikatakan berjaya dengan berkat pertolongan ALLAH s.w.t. kursus multimedia yang dianjurkan lebih berobjektfkan kepada peningkatan kemahiran dari kalangan sekretariat eksah tentang penggunaan beberapa software seperti movie maker, blogger dan microsoft publisher yang akan memudahkan mereka satu hari nanti dalam hal ehwal publisiti eksah, manakala qiammulail eksah pula lebih berobjektifkan kepada pengisian rohani di samping diisi dengan ilmu bermanfaat melalui kuliah subuh yang telah disampaikan oleh ustaz renifezri yang bertajuk istiqomah. hal ini membuktikan bahawa eksah ab juga sangat menitik beratkan kemahiran ahlinya agar mampu menjana gerak kerja yang berkualiti disamping tidak melupakan nilai-nilai tarbiah diri untuk menjadi seorang sekretariat yang beriman. Semoga segala apa yang dilaksanakan ini mampu dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua sekretariat eksah dan dalam pada masa yang sama mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH s.w.t...akhir kata bersamalah kita doakan agar Eksah ab akan terus gah memacuh perubahan sahsiah mahasiswa.

sekitar gambar kursus dan qiammulail....................




No comments:

Post a Comment

Followers