Thursday, February 18, 2010

LAJNAH SURAU EKSAH AB DALAM RANGKA MEMPERKASA SURAU KOLEJ KEDIAMAN AB

Pada 13 februari 2010 yang lalu, lajnah surau exco kerohanian dan sahsiah kolej kediaman AB telah memulakan gerak kerja mereka yang mana gerak kerja awal mereka kini tertumpu kepada surau-surau yang sedia ada di setiap blok kolej kediaman AB. Hasil tinjauan mereka menyaksikan terdapat surau-surau yang dikatakan tidak mempunyai fasiliti yang lengkap termasuk al-quran, sejadah dan yang paling penting ialah papan kenyataan yang tidak mempunyai informasi terkini yang menyukarkan lagi wasilah dakwah yang cuba dibawa oleh EKSAH AB. Ketua lajnah surau saudara jubair juhinin berkata kini lajnah surau dalam proses membeli alat kelengkapan terutamanya alat kelengkapan surau. Hal ini membuktikan EKSAH AB sangat prihatin kepada warga kolej yang aktif beribadah di surau. Saya berpendapat bahawa surau merupakan wasilah yang sangat penting dalam proses menyampaikan informasi-informasi berguna kepada warga kolej disamping mendedahkan agenda dakwah yang dibawah oleh EKSAN AB. Disamping itu juga surau merupakan langkah awal menarik lebih ramai lagi warga kolej daripada solat fardhu di surau untuk solat fardhu di masjid.

SEKITAR GAMBAR SURAU KOLEJ AB................





No comments:

Post a Comment

Followers