Wednesday, February 17, 2010

ADIK-ADIKKU BELAJARLAH DARI SEBUAH KESILAPAN


Memang benar setiap manusia tidak ada yang sempurna, tak kira dari segi perbuatan, pertuturan mahupun pemikiran, semuanya adalah atas kehendak ALLAH s.w.t samada proses kehidupan yang kita lalui bertemu jalan kejayaan atau sebaliknya. Jauh dilubuk hati setiap insan didunia ini mengimpikan kesempurnaan, tuntasnya memang sukar untuk memperolehinya tetapi sebaik-baik manusia adalah orang yang menuju kearah kesempurnaan. Belajar daripada sebuah kesilapan yang lalu merupakan salah satu wasilah menuju ke arah kesempurnaan, lakukanlah apa cara sekalipun untuk menutup semula kelompangan yang ada, kerana kelompangan tersebut yang akan membinasakan organisasi yang telah kita bina.

“ Sistem EKSAH tak sesuai untuk adik-adik yang baru “, “ tak guna berprogram terlalu banyak ”, “ mesyuarat yang terlalu banyak membuang masa “ antara keluhan mantan sekretariat eksah yang masih bermain di benak fikiran saya selaku mantan EKSAH AB. Keluhan dan kritikan ini kadang-kadang mematahkan semangat saya untuk menabur jasa, berbakti dan sedia berkhidmat untuk mahasiswa. Perjuangan memang tak pernah senang, maka alternatif yang sesuai adalah menerima serta memandang positif atas semua kritikan dan keluhan yang dilempar. “ orang baling kita dengan batu, maka anda balinglah semula dengan buah-buahan yang manis” .

Bukan senang nak laluinya, tetapi bagi adik-adik EKSAH yang baru sahaja ditaklifkan memegang amanah selaku badan organisasi dakwah harus belajar daripada kesilapan yang lalu, jangan ulanginya kerana “ANDA ADALAH MUTIARA YANG SANGAT BERHARGA UNTUK SELURUH UMMAH, JANGAN PERNAH BERPUTUS ASA WALAU KECIL ATAU BESAR MANA KESILAPAN YANG ANDA BUAT KERANA KITA ADALAH INSAN YANG MENUJU KEARAH KESEMPURNAAN, SENANTIASA BELAJAR KERANA PASTI DAN PASTI PERJUANGAN YANG ANDA LALUI DIPENUHI MEHNAH DAN TRIBULASI KERANA IA SEMEMANGNYA SUNNAHTULLAH DALAM BERJUANG”

No comments:

Post a Comment

Followers