Thursday, February 18, 2010

EKSAH AB SATU PENGENALAN

Salam wasilah ukhwahfillah pemula bicara

Menyingkap tabir perjuangan eksah

Maklumat terkini informasi semasa

Untuk perkenalkan wasilah eksah

Exco kerohanian dan sahsiah jawatankuasa kebajikan mahasiswa kolej kediaman anugerah bestari merupakan salah sebuah kerusi yang saban tahun akan dipengerusikan oleh insan-insan yang menang dalam pilihanraya kampus. Kerusi EKSAH AB bagi sesi ini telah ditaklifkan sebagai amanah ALLAH kepada sdr mohd ikhwan al-syahid bin abdullah tahir yang juga merupakan mantan sekretariat EKSAH AB yang lalu. Portfolio tugas bagi EKSAH AB banyak tertumpu kepada sebuah badan kerohanian yang menitik beratkan pembentukan akhlak dan sahsiah mahasiswa, ramai yang tersalah anggap adakah EKSAH hanya semata-mata untuk mahasiswa beragama islam sahaja, jawapannya adalah tidak, kami juga turut sama memperjuangkan kebajikan mahasiswa non-muslim. Dengan moto eksah yang kini sudah menjadi sebati dikalangan warga kolej memacu perubahan sahsiah mahasiswa menjadi titik tolak kepada seluruh saff kepimpinan EKSAH AB. Kini kekuatan penggerak EKSAH AB bertambah, Alhamdulillah berkat pertolongan ALLAH EKSAH kini mempunyai 30 orang sekretariat dan mempunyai organisasinya tersendiri.

Berkaitan dengan program EKSAH AB pula kami meletakkan sasaran program yang tertumpu kepada kebajikan warga kolej disamping program-program dalaman khusus untuk sekretariat EKSAH AB. Organisasi yang diwujudkan pula mempunyai 4 lajnah termasuk lajnah dakwah dan tarbiah, surau, IT dan informasi dan sukan dan kebajikan, setiap lajnah pula mempunyai portfolionya tersendiri. Kini EKSAH dalam proses merangka satu sistem untuk memperkasa bidang kesetiausahaan termasuk sistem pemfailan serta merangka strategi untuk menambah sistem kewangan EKSAH. Maka saya mengajak rakan-rakan sekalian untuk terus menyokong EKSAH dan sebaiknya menyertai untuk terus bersama kami dalam memperjuangkan suara mahasiswa.....program terdekat insyaALLAH adalah program terbesar EKSAH yang jika dulunya dikenali sebagai malam jalinan muhibbah tapi kali ini diperkasakan lagi dengan nama program majlis semarak silaturrahim yang bertemakan perpaduan kaum terutamanya di UMS, yang dijangka akan berlangsung 27-28 februari ini....bagi yang kaki bola sila siapkan team futsal anda untuk berentap pada 27hb tersebut di kompleks sukan UMS.....marilah bersama-sama kita memeriahkannya....wassalam.


No comments:

Post a Comment

Followers