Friday, February 12, 2010

EKSAH AB PENCETUS MISI BARU

Salam pertemuan ikhlas daripada exco kerohanian dan sahsiah jakmas AB khas kepada pengunjung-pengunjung blog EKSAH AB yang julung-julung kalinya dibuka bertujuan untuk mencakna minda mahasiswa meneruskan agenda perjuangan dakwah yang tak pernah luput dibumi bertuah kampus universiti Malaysia sabah ini. sesungguhnya kami bukan pemula bukan juga pengakhir bagi segala-galanya tapi kami adalah mata rantai yang dilahirkan, yang tak kenal erti putus asa. terdetik di hati ini bagi menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kru kerja EKSAH AB sehingga kini, dulu dan selamanya masih setia menabur bakti merealisasikan misi dan visi EKSAH AB kearah merubah sahsiah mahsiswa yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan Negara suatu hari nanti.

Untuk seluruh warga kolej kediaman AB, EKSAH AB akan sentiasa bersama anda tak kira susah atau senang, suara anda adalah suara kami, kekurangan yang ada pada anda adalah kekhilafan kami, maka kejayaan anda membakar semangat kami untuk terus berjasa kepada universiti. kami kini berusaha mencetus misi baru berbekalkan tekad dan janji setia yang tinggi. Persoalan yang sering timbul dibenak fikiran saya selaku mantan EKSAH AB yang lalu adakah perlaksanaan aktiviti yang dilakukan oleh EKSAH AB sepanjang sesi 2008/2009 memberi kesan berguna tak kira dari sudut penyampaian maklumat atau didikan berbentuk kerohanian kepada mahasiswa? kini saya sememangnya tidak boleh menjawab persoalan tersebut melainkan anda sekalian…..tepuk dada Tanya iman

Bagi barisan kepimpinan EKSAH AB yang baru, ingatlah bahawa proses kematangan kita ibarat seorang budak yang masih terkapai-kapai untuk merangkak tak mampu lagi untuk gah berjalan sebagai sebuah platform yang berpengaruh, tetapi proses perkembangan tersebut seharusnya tidak statik sebaliknya perlu digerakkan. BERUSAHALAH sedikit wahai semua sekretariat EKSAH, “jangan tunggu nasi menjadi basi baru menyesal tak berkesudahan menahan lapar tak keruan, biar orang lain kritik tapi jangan sesekali berundur diri” jadilah seorang yang kreatif, idealisme, pedualisme dalam semua gerak kerja EKSAH.Saya yakin dan percaya taklifan yang diamanahkan kepada saudara ikhwan selaku EKSAH AB yang baru mampu menggerakkan organisasi sebagai sebuah organisasi yang professional.”PERTAHANKAN BAHTERA ANDA DARI KARAM,BIAR OMBAK MEMUKUL DENGAN KUAT, JANGAN SEKALI-KALI BERPATAH BALIK DAN JANGAN SEKALI-KALI BERTUKAR ALUAN,KERANA ANDA MEMPUNYAI NAHKODA YANG ANDA BOLEH PERCAYAI”

Tahniah dan syabas sekali lagi kerana pembukaan blog ini, moga-moga dengan blog ini kita menjadi wadah informasi berguna terutama kepada warga kolej kediaman AB. TERUSKAN PERJUANGAN ADIK-ADIKKU………….”BUAT KERJA,KURANGKAN MEETING”

Wahai para pendakwah...

Kehidupan kalian adalah jihad, kemuliaan kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini, terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad. ( AS SYAHID DR ABDULLAH AZZAM) RENUNG-RENUNGKAN…………….

No comments:

Post a Comment

Followers