Friday, June 10, 2011

Gunakan ia sebaik-baiknya..

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat insan di gelar manusia. Justeru itu, saya mohon kita semua manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.

So.. gunakanlah sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita di dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali “pergi” tak kan kembali lagi. Buat baik berpada-padalah, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan laman-laman web atau seumpama dengannya, jadikan ia sebagai wardah meningkatkan nilai diri kita. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurniaan budi dan budaya. Walaupun dunia ini terus maju dengan teknologi, kita kan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Mari sama-sama kita koreksi diri. Refleksi diri kita. Muhasabah diri kita. Gunakan apa yang ada di depan mata dengan sebaik-baiknya. Elakkan dari menimbulkan sebarang fitnah. Berhenti lah kita dari mencaci-caci, menghina2 atau seumpamanya... tapi mari lah kita sama-sama menebar wawasan sambil di payungi rahmat Allah. Mari lah sama-sama kita cari solusi nya, tanpa ada rasa dendam sekelumit di hati.

Walau apa-apa pun, tidak dapat di nafikan, kita manusia memang fitrahnya dicipta dengan sifat pelupa. Maka, dengan ini, saya hadirkan kata-kata ini, yang tak lain tak bukan lebih kepada menasihati dan memperingati diri ini. Saling ingat mengingati antara satu sama lain. Saling tegur menegur antara satu sama lain. Insyaallah. Moga-moga memberi manfaat pada empunya diri. Kerana Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “sampaikan walaupun hanya dengan sepotong ayat”....sebagaimana juga yang Allah telah bersumpah dalam Al Quran yang bermaksud,

“Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" (Surah al-'Asr; 1-3)...

Maka janganlah kita sengaja mencampakkan diri dalam golongan yang rugi itu... selagi perkara itu benar di sisi Allah... maka wajib kita sampaikan... semoga Allah berikan kita kekuatan turut melaksanakan apa yang kita sampaikan itu... itu harapan kita... sambil kita turut perlu berusaha...

Nasihat untuk diri saya terutamanya, bila mana kita mahu melakukan sesuatu perkara, letakkan Allah di atas, letakkan Allah menjadi keutamaan kita. Maruah agama jangan di biarkan di pijak-pijak sesuka hati. Malu saya, andai saya semangat mengaku saya orang Islam, tapi akhlak saya tunggang terbalik. I’m not a perfect one, but, i will try my best to do the best one..... doaku, moga sahabat-sahabat sentiasa di thabat di medan perjuangan ini. InsyaAllah..

(P/s:Photo credited to my Friend Nayzak,and edited by Cofee.Tazkirah credited to DM)

No comments:

Post a Comment

Followers