Thursday, June 2, 2011

Golongan manakah kita?


Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera semua. Salam kemaafan untuk semua, dan kepada Pengerusi Exco Pembangunan Insan khususnya kerana terlalu lambat untuk mengupdate blog ini. Tidak ingin dinyatakan alasannya disini, tetapi hanya mampu bersyukur kerana akhirnya diupdate juga.Alhamdulillah. Kami selaku lajnah MIT akan terus berusaha semampunya untuk update blog ini.Sedikit pengisian buat semua, semoga bermanfaat.=)

Bila kita keseorangan, kita akan ingat Allah..bila kita kehilangan, kita akan ingat Allah..Bila kita tiada tempat mengadu, kita pun akan ingat Allah.. Alhamdulillah..Masih ada syukur di hati kita...

Tapi, bila kita borak-borak dengan kawan-kawan kita, kita lupa Allah..Bila kita dapat satu kebahagiaan kita lupa Allah..Bila kita ada kawan tempat mengadu, kita juga lupakn Allah..nauzubillah..

Kenapa ye?? iman kita masih perlu ditambah, kerinduan kita pada Allah akan makin bertambah..hablum minAllah, hamblum minannas..Orang yang beriman adalah orang yang bersyukur ketika mendapat kesenangan malah bersyukur juga bila mendapat musibah..

Cuba tanya diri kita, kita ini golongan yang mana ya?Astaghfirullah..Ya Allah..Tetapkan hati kami dan jalan kami dalam redhaMu,..Moga kami sentiasa menjadi golongan yang bersyukur atas semua qada' dan qadarmu..Amin..moga sama2 kita mengamalkannya. Semoga bermanfaat.:)

(p.s:photo credited to my friend Nayzak, and tazkirah to DM.Jazakallahu Khairan)

No comments:

Post a Comment

Followers