Thursday, October 14, 2010

KRISIS KEPIMPINAN TERLALU BIASA


Kepimpinan melalui teladan antara kata-kata yang sering kali berkumandang di lereng-lereng badan organisasi di mana sahaja samaada organisasi formal ataupun tidak formal, menyedari hakikat kehidupan terlalu ramai tokoh psikologi menyatakan bahawa kehidupan manusia tidak akan terlepas daripada organisasi yang meletakkan kehidupan kita lebih sistematik. Oleh yang demikian setiap manusia layak digelar seorang pemimpin walaupun masih belum mampu dikatakan profesional. Jesteru tak salah terdapat segelintir manusia sentiasa ingin berjinak-jinak ke dalam bidang kepimpinan yang lebih kehadapan demi menghasilkan situasi positif untuk orang lain, pastinya golongan ini merupakan golongan peneraju masa hadapan negara juga agama dan bangsa. Persoalannya sekarang mampukah golongan ini melahirkan sebuah organisasi yang sistematik sekiranya krisis dalam kepimpinan seringkali dikatakan terlalu biasa sehingga melarat bagaikan penyakit. Kepimpinan melalui teladan seringkali dilupakan kerana kita sebenarnya gagal menghayati ciri-ciri seorang pemimpin, ternyata dan pasti terdapat golongan tertentu yang masih gagal menamatkan silibus kepimpinan sebelum menjadi seorang pemimpin masyarakat.

Krisis kepimpinan yang melanda dalam sesetengah organisasi kampus juga seringkali berlaku walaupun menyedari pada asalnya mereka merupakan golongan yang telah mendapat tarbiyah rohani malah fizikal dalam menggalas amanah selaku hamba Allah di atas muka bumi ini. Duduk dalam satu meja bulat lantas menyuarakan pandangan masing-masing merupakan satu perkara yang sangat normal dan positif dalam organisasi, namun bilamana ia dicampur aduk dengan ketidakmatangan berfikir, sikap terlalu ego dan disebatikan pula dengan sikap emosional menyebabkan misi perjuangan menyimpang dari landasan yang diinginkan. Saya tidak menafikan krisis perlu ada kerana setiap manusia dikurniakan oleh Allah dengan kelebihan yang berbeza, perbezaan pendapat merupakan perkara yang positif kerana semata-mata untuk menghasilkan satu keputusan yang terbaik melalui syura ataupun perbincangan. Tetapi malangnya bilamana ia gagal dikawal akhirnya ia akan menyebabkan perbezaan pendapat tersebut berlarutan sehingga diluar bilik mesyuarat, itulah antara punca timbulnya masalah hati.

Setiap pemimpin dalam mana-mana badan organisasi seharusnya bersikap profesional dalam segala bentuk hal, tidak kira isu tersebut kecil mahupun besar. Gagal dalam melahirkan widathul fikr yakni kesatuan fikiran membuktikan widathul amal kita masih bermasalah. Seharusnya kita bermuhasabah kembali dan selalu soal diri kita, apakah perjuangan yang kita bawa telus ataupun tidak. Saya sering kali menyatakan jika perjuangan kita suci pasti organisasi yang kita bina sentiasa berada dibawah perlindungan Allah s.w.t. Jesteru mengapa krisis yang berlaku tidak kita selesaikan segera sekiranya kita mengaku perjuangan kita suci. TeringKRIat dengan pepatah melayu “ patah tumbuh hilang berganti “, oleh itu bagi kepimpinan EKSAH AB sesi ini, lubang yang sepatutnya ditutup perlu ditutup segera sebelum lubang yang baru terbuka, jangan biarkan lubang terus terbuka tanpa gerak kerja untuk menutupi lubang sebelumnya kerana risau dan bimbang kelak kita pula akan terkubur didalam lubang tersebut tanpa membuat sesuatu. Akhir kata buang yang keruh ambil yang jernih, selamat bergerak kerja bersama-sama generasi eksah yang baru, moga fikrah mereka terlatih dalam sebuah organisasi dakwah. Wassalam...........

No comments:

Post a Comment

Followers