Monday, March 1, 2010

PROGRAM MALAM SEMARAK SILATURRAHIM 2010 BUKTI EKSAH AB UNTUK SEMUA.

Pada 27 hingga 28 februari 2010 telah berlangsungnya aktiviti tahunan exco kerohanian dan sahsiah JAKMAS AB iaitu malam semarak silaturrahim yang lebih berkonsepkan perpaduan dikalangan mahasiswa. Pelbagai aktiviti telah diadakan bertujuan mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan mahasiswa, di samping melahirkan mahasiswa yang cintakan negara. Pada 27 februari 2010 telah berlangsungnya sukan perpaduan iaitu futsal bagi lelaki dan acara sukaneka bagi wanita, Alhamdulillah acara sukan yang dipertandingkan mendapat sambutan hangat daripada mahasiswa dan mahasiswi kolej kediaman AB yang mana menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi serta semangat perpaduan yang kental. Forum 1 malaysia antara retorik atau realiti pada ahad 28 februari 2010 telah mendedahkan kepada mahasiswa konsep 1 malaysia yang seharusnya dilakukan oleh mahasiswa dalam merealisasikan gagasan satu malaysia bertepatan dengan 8 nilai yang telah diterapkan, dalam pada masa yang sama juga ahli panel telah membahaskan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan sekiranya ingin melihat gagasan satu malaysia berjaya.

Kemerihaan malam semarak silaturrahim diteruskan lagi pada malam kemuncak, majlis peramian penutupan yang telah dirasmikan oleh en.talib abdullah shani pemangku pengetua kolej kediaman AB. Para penonton disajikan dengan pelbagai persembahan citrawarna kebudayaan seperti tarian singa, zapin, nasyid, sajak dan banyak lagi. Pengarah program saudara samsul asmara juga berasa terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh ajk pelaksana serta sambutan yang meriah daripada warga kolej. Pengerusi EKSAH AB saudara mohd ikhwan pula berkata program mss akan diteruskan lagi pada sesi kepimpinan akan datang kerana melihat keberkesanan program ini yang sekaligus membawa mesej dakwah kepada warga kolej...akhir kata bersama-samalah kita doakan agar EKSAH AB terus kehadapan melangkah memacu perubahan sahsiah mahasiswa melalui pelaksanaan program yang jitu dan unggul...wassalam


sekitar gambar mss`10..........................









No comments:

Post a Comment

Followers