Wednesday, March 3, 2010

LAJNAH SUKAN DAN KEBAJIKAN EKSAH AB SAMBUT HARI LAHIR AHLI EKSAH.

Pada 3 mac 2010 lajnah sukan dan kebajikan eksah ab telah menyambut hari lahir ahli-ahli eksah ab yang lahir pada bulan 2 dan 3. ketua lajnah sukan dan kebajikan saudara akmal hazreen fizree menyatakan bahawa kebajikan ahli juga adalah sangat penting dalam usaha melahirkan petugas eksah ab yang berkualiti. selari dengan majlis tersebut sekaligus telah diadakan postmortem program malam semarak silaturrahim yang memperlihatkan pelbagai kelemahan yang perlu diambil perhatian oleh semua ajk pelaksana pada program yang akan datang. pengarah program mss, saudara samsul asmara yang juga merupakan salah seorang ahli yang diraihkan semalam menyatakan rasa syukur dan gembira dengan majlis tersebut, disamping berpesan kepada semua ahli eksah ab untuk tidak alpa serta terus kekal bersama eksah ab dalam usaha menjaga kebajikan mahasiswa kolej ab. akhir kata keluarga eksah ab mengucapkan selamat hari lahir kepada semua ahli dan seluruh warga kolej kediaman ab yang lahir pada bulan 2 dan 3, moga sentiasa berada di bawah payung rahmat yang maha Esa...








No comments:

Post a Comment

Followers