Sunday, January 2, 2011

Semangat Belajar Mahasiswa Universiti

Alhamdulillah, keputusan peperiksaan sudah keluar.

Tentunya keputusan yg tertunggu-tunggu dan sangat mendebarkan kepada pelajar tahun satu semester pertama ini.

Tidak kurang juga bagi yang berada pada tahun dua, dan seterusnya.Ingin mencapai keputusan yang ‘maintain’ atau cemerlang(bertambah baik).

Tahniah diucapkan kepada semua yang mendapat keputusan yang cemerlang, dan kepada yang kurang elok, jangan putus asa kerana roda akan terus berpusing.

“Alangkah dekatnya seseorang kepada jurang kegagalan jika ia telah berputus asa.”

“Apakah engkau akan berputus asa ketika mengalami kegagalan? Di mana engkau letakkan Allah s.w.t dan takdir?”

Teringat ana terhadap kisah bagaimana Imam Anas bin Malik yang tersedar daripada kefanaan dunia dan kepentingan menuntut ilmu.

Kisahnya apabila ayahnya memanggil Anas yg ketika kecil belasan tahun bersama-sama saudara lelakinya.

Ayahnya menanyakan satu soalan dan soalan itu begitu mudah dijawab oleh saudara lelakinya manakala Anas tidak dapat menjawab soalan tersebut.

Ayahnya lantas berkata “Disebabkan perbuatanmu sibuk memelihara burung di dalam sangkar, kau tidak dapat menuntut ilmu.”

Semenjak dari hari itu, Anas terus sedar akan kesilapannya lantas mula memperbaiki diri dan mula menuntut ilmu sehinggalah namanya harum seperti hari ini.

Begitulah sikap seorang yang sedar akan kepentingan ilmu, lantas berubah apabila menyedari kepincangan ilmu dalam diri dan gigih memperbaiki diri.

Alangkah indahnya jika kita juga mempunyai semangat yang sama seperti Anas bin Malik. Sudah tentu tidak ada istilah ‘malas’ dalam diri.

Oleh itu ana ingin mengajak ikhwah dan akhwat sekalian untuk menanyakan soalan dan menilai diri.

Adakah kerana kita sibuk ber’facebook’ ,ber’couple’ ,shopping, bermain game, dan yang seumpamanya, sehingga kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang Mahasiswa.

Kita lupa untuk menuntut ilmu dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai anak yang dihantar oleh ibubapa dengan penuh pengharapan.

Oleh itu sempena tahun baru Masihi 2011 dan pembukaan semester baru ini, marilah kita tanamkan azam baru, kita analisa kesilapan kita pada semester yang lalu dan mula mengorak langkah merancang perjalanan kita sepanjang semester baru ini.

“If you fail to plan,you plan to fail”

Tapi mesti diingat merancang hanyalah sebahagian, kerana hari kelmarin sudah tiada, hari ini sedang berjalan dan hari esok belum terjadi. Jadi, berusaha lah sehabis baik terhadap masa sekarang.

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Terjemahan al-Quran Surah Ali-Imran ayat 159)

Ayuh BERTEKAD CEMERLANG!!!

No comments:

Post a Comment

Followers