Thursday, June 3, 2010

CUTI SEMESTER: RUANG DAN PELUANG MUHASABAH DIRI DAN GERAKERJA

Majlis Perpisahan Eksah 13 April yang lalu mungkin menandakan titik akhir gerakerja crew-crew EKSAH AB untuk semester ini namun perancangan untuk gerakerja untuk semester seterusnya baru sahaja mahu bermula selepas "titik akhir" itu. Idea demi idea timbul dalam rangka untuk merealisasikan Program-program Eksah semester hadapan yang bakal 'berimpak tinggi' kepada warga Kolej Kediaman AB. Di peringkat JAKMAS dan Majlis Tertinggi Eksah, Masterplan perancangan projek semester hadapan telahpun dihasilkan dan penulis berharap agar ketua-ketua unit selaku 'Pemegang Saham Terbesar' projek-projek semester hadapan juga mempunyai masterplan unit anda yang tersendiri. Antara Projek 'Mega-Impak' Eksah AB sem hadapan termasuklah:-
1. Bengkel Pengurusan Jenazah (BPJ) '10
2. Ops Insaf dan Berpakaian Sopan
3. Majlis Berbuka Puasa Muhibbah bersama TNC
4. DG Ramadhan '10
5. Penubuhan Team Sedia Cegah(SERGAH) Eksah AB
6. Dan banyak lagi...

Justeru, penulis menyeru agar para penggerak EKSAH AB mengambil kesempatan sepanjang cuti semester kali ini untuk mempersiapkan dan membaiki diri untuk gerakerja kita yang akan datang. Para warga UMS khususnya mahasiswa Kolej Kediaman Anugerah Bestari amat dialu-alukan untuk mengomen, mengkritik malah menyertai Eksah AB dalam usaha kami untuk sama-sama merubah, mengislah seterusnya menerajui sahsiah mahasiswa.

"Laksana padi kita merendah diri, Laksana lalang semangat kita meninggi"

No comments:

Post a Comment

Followers