Tuesday, February 23, 2010

PERUTUSAN PENGERUSI EKSAH AB SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 H.


“Peristiwa Rabiul awal harus dijadikan iktibar”

Sambutan maulidur rasul merupakan sambutan yang saban tahun disambut oleh seluruh umat islam seluruh dunia bagi memperingati kelahiran utusan ALLAH Muhammad s.a.w. perasaan cinta umat islam terhadap nabi muhammad s.a.w tak pernah pudar malah cinta tersebut semakin menebal dihati kalangan orang-orang yang beriman. Tarikh 12 rabiul awal merupakan tarikh kelahiran nabi s.a.w yang lahir dengan membawa mesej risalah dakwah untuk menyelamatkan akidah manusia daripada terpesong untuk mendapatkan syurga ALLAH s.w.t.

Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul juga telah jatuh pada bulan rabiul awal yang mana ketika nabi berusia 40 tahun. Ketika itulah dakwah nabi s.a.w bermula di makkah mukaramah yang memperlihatkan kepayahan dan keperitan yang dialami oleh junjungan Muhammad s.a.w dalam menghadapi kaum quraisy. Dakwah yang cuba dibawa mendapat tentangan yang keras daripada kaum kafir dengan melakukan pelbagai cara untuk menghalang nabi s.a.w daripada menyebarkan islam yang syumul. Keperitan nabi bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita gambarkan kerana keperitan yang dihadapi oleh nabi hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya. Air mata yang sering mengalir diiringi perasaan sedih Muhammad s.a.w semata-mata memikirkan umat islam yang kini hampir leka dari mengingati ALLAH s.w.t.

Penghijrahan nabi dan umat islam dari makkah mukaramah ke madinah munawarah merupakan salah satu peristiwa yang berlaku pada bulan rabiul awal. Atas perintah ALLAH s.w.t nabi s.a.w dan umat islam berhijrah demi meneruskan perjuangan menegakkan islam di atas muka bumi ALLAH s.w.t.Di sinilah bermulanya kegemilangan islam apabila perlembagaan pertama didunia telah diperkenalkan dan negara islam pertama di bawah kepimpinan Muhammad s.a.w, walaupun pada ketika itu penduduk madinah mempunyai pelbagai kaum dan agama. Hal ini membuktikan undang-undang islam boleh diwujudkan di Malaysia walaupun berbilang kaum dan agama.

Kewafatan Rasulullah s.a.w juga jatuh pada 12 rabiul awal 11 H bersamaan 7 jun 632M yakni pada hari isnin. Kewafatan nabi dengan meninggalkan quran dan sunnah sebagai pegangan umat islam sambil lidah basah menyebut “ummati” umatku menunjukkan cintanya nabi kepada umat islam. Maka pada hari ini saya menyeruh kepada seluruh umat islam bangkitlah daripada terlena, ayuh bersama berjuang menegakkan islam kerana kita adalah umat yang terbaik yang diciptakan oleh ALLAH s.w.t untuk mentadbir bumi....pada kesempatan ini saya selaku pengerusi EKSAH AB sesi 2009/2010 mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul 1431 H.


No comments:

Post a Comment

Followers